Thursday, 9 November 2017

Media - Harian Metro 23 Oktober 2017

Siti Nadirah Hafidzin
siti_nadirah@hmetro.com.my

Niatnya murni. Dia memasang impian untuk membantu wanita terutama golongan suri rumah atau mereka yang ingin menambah pendapatan yang mempunyai kemahiran untuk digunakan pada masa memerlukan.
Berlandaskan niat itu, anak kelahiran Baling, Kedah, Mur Azira Mohd Pakri, 39, tidak mensia-siakan kelebihan ‘tangan seni’ yang dimilikinya dalam bidang kraf untuk memastikan lebih ramai wanita mampu berdikari.
Katanya, segalanya bermula selepas dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada 2014.
“Disebabkan tidak biasa duduk diam tanpa melakukan sebarang pekerjaan, saya mula mencari sesuatu yang bukan saja dapat menjana pendapatan malah pada masa sama mampu membantu wanita lain.
“Bermula detik itu, saya mula memikirkan apa yang saya boleh lakukan dengan bakat dan minat saya dalam bidang kraf sehinggalah tercetusnya idea untuk menjalankan kelas pembelajaran kraf dan kelas persendirian kraf secara dalam talian,” katanya.

MUR Azira bersama antara produk kraf dihasilkannya.
Mur Azira berkata, usahanya mewujudkan kelas pembelajaran secara dalam talian itu sesuai dengan status dirinya yang juga seorang isteri serta ibu kepada tiga cahaya mata.
“Segala yang terjadi pasti ada sebab dan hikmah di sebaliknya. Pada mulanya hasrat saya berhenti kerja untuk menumpukan perhatian kepada keluarga, namun siapa sangka ini masanya untuk menyalurkan kemahiran serta ilmu yang ada dalam bidang kraf kepada orang lain.
“Ia amat menggembirakan kerana saya sememangnya memasang impian untuk berkongsi kemahiran dalam bidang kraf. Saya berasa lebih puas dan seronok setiap kali dapat membantu individu lain,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini dia sudah mengajar lapan kelas berbeza secara atas talian untuk pelbagai produk kraf antaranya beg, sulaman dan dompet kepada lebih 1,000 peserta termasuk dari Singapura dan Brunei yang terdiri daripada pelbagai bangsa juga latar belakang pendidikan.

KRAF menerima permintaan menggalakkan kini.
“Saya memilih membuat kelas secara dalam talian iaitu di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp kerana ia lebih mudah, praktikal dan sesuai untuk pelbagai lapisan usia.
“Sesiapa saja boleh belajar dan buat masa ini saya amat gembira dengan sambutan diterima dan rata-rata peserta kelas melahirkan rasa puas hati dengan inti pati pengajaran yang saya lakukan,” ujarnya.
Tambahnya, antara senarai kelas kraf dalam talian dijalankannya adalah Curvy Clutch, Multi Usage Pouch/Make Up Pouch, RPH/File/Book Cover, Bento Bag/Lunch Box Bag, Daily Tote Bag, Basic Boxy Bag, Big Boxy Bag dan Reversible Pleated Tote Bag.
“Sebagai guru kraf pastinya saya mengharapkan setiap apa yang saya kongsikan dapat diguna pakai peserta terutama untuk menjana pendapatan.
“Produk kraf ini istimewa kerana bukan semua individu mampu menghasilkannya dan ia mendapat permintaan yang memberangsangkan,” katanya.
Kraf sebati dalam diri
Bukan saja sibuk mengendalikan kelas pengajaran secara dalam talian, Mur Azira turut menghasilkan pelbagai produk kraf untuk menjana pendapatan.
Menurut Mur Azira, antara produk kraf dihasilkannya adalah kotak pensel, beg bento, beg genggam, beg alat solek, sarung buku, dompet dan sarung fail.
“Saya menyiapkan produk berdasarkan permintaan daripada pelanggan. Selain pelbagai jenis beg, saya juga menghasilkan pelbagai jenis sulaman di tuala, bantal, lencana dan beg.
“Walaupun sibuk dengan kelas dan penghasilan produk selain menguruskan suami juga anak-anak, saya sedikit pun tidak rasa terbeban malah melalui hari dengan tenang dan gembira kerana dapat melakukan perkara yang diminati sejak kecil,” katanya.
Menurutnya, bidang kraf sudah sebati dengan dirinya dan dalam masa sehari tangan seninya pasti akan menyiapkan apa saja produk kraf terutama yang ditempah pelanggan.

CANTIK dan unik.
“Bagi saya setiap individu itu ada minat tersendiri, begitu juga dengan diri saya. Kraf bukan saja membantu saya menjana pendapatan, malah pada masa sama membolehkan saya membantu ramai wanita terutama suri rumah.
“Saya gemar berkarya pada waktu tengah malam ketika ramai individu lain lena dibuai mimpi selain ketika anak-anak berada di sekolah kerana dua waktu itu membolehkan saya menyiapkan produk dengan tenang,” ujarnya.
Mur Azira berkata, dia sentiasa memasang impian tinggi dan berhasrat untuk berkongsi lebih banyak kemahiran dan ilmu produk kraf yang lain kepada suri rumah untuk manfaat diri dan seisi keluarga.
“Saya juga akan cuba menulis blog dan mengikuti kelas e-book bagi memperkembangkan lagi perniagaan kraf ini di peringkat yang lebih tinggi.
“Saya tidak akan berhenti berkongsi kemahiran dalam bidang ini kerana bagi saya kepuasan sebenar dapat dirasai apabila ramai individu lain dapat menjana pendapatan hasil tunjuk ajar dan bantuan kita,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2017 @ 3:01 PM

Tuesday, 7 November 2017

Kelas On9 : Reversible Pleated Tote Bag

Kelas online produk ketujuh saya ialah Reversible Pleated Tote Bag . Kelas pertama ini bermula pada 25 Jun 2017 dengan penyertaan group pertama seramai 75 peserta! Kumpulan kelas terkini tengah berjalan adalah kumpulan yang ke 5, Alhamdulillah....

Reversible Pleated Tote Bag ini adalah bag asas yang simple, berbeza skill dan teknik dari bag-bag dalam kelas-kelas saya sebelum ini. Apa yang saya ingin sampaikan dalam kelas-kelas saya adalah pendekatan mempelbagaikan skill dan teknik jahitan. Semua produk dalam kelas saya adalah kelas asas, jadi pada yang mengikuti setiap kelas saya pasti akan dapat tips dan nampak perbezaan dalam setiap setiap kelas.


Dengan pola dan teknik yang dikongsikan, mereka berjaya mempelbagaikan size, mempelbagaikan teknik pleated, menghasilkan pelbagai corak dan rupa bentuk untuk pelbagaikan  kegunaan bag. Antara kegunaan yang paling "hot" adalah sebagai bag telekong, bag  alat tulis bagi cikgu-cikgu di sekolah, bag barang kosmetik, bag telekong, bag barangan bayi, malah ada yang ubahsuai size menjadi "travel bag" iaitu size bag balik kampung!



Berikut antara hasil Reversible Pleated Tote Bag hasil jahitan saya dan beberapa contoh dari peserta kelas;














Kelas On9 Bento Bag / Lunch Box Bag

Kelas online produk keenam saya ialah Bento Bag / Lunch Box Bag . Kelas pertama bermula pada 20 Mac 2017 dengan penyertaan group pertama seramai 150 peserta! Kumpulan kelas terkini tengah berjalan adalah kumpulan yang ke 9, Alhamdulillah....

Bento bag ini bukanlah hanya bermaksud untuk kegunaan membawa bekalan makanan, malah penggunaannya adalah pelbagai. Ia boleh digunakan sebagai bag telekong, bag bayi dan macam- macam penggunaan.

Terdapat dua teknik paten bento bag yang dikongsikan, dengan kreativiti para peserta, mereka berjaya mempelbagaikan size dan kegunaan bento bag. Antara kegunaan yang paling "hot" adalah sebagai bag telekong, bag barangan bayi, malah ada yang ubahsuai size menjadi cover periuk noxxa dan yang seangkatan dengannya.

Berikut antara hasil bento bag hasil jahitan saya dan beberapa contoh dari peserta kelas;








Tuesday, 16 May 2017

Kelas Online Multi Usage Pouch

Kelas online saya yang kelima ialah Multi  saya tUsage Pouch.

Pada asalnya saya tidak mengajar kelas ini  malah berkongsi tutorial bersama beberapa kumpulan kelas saya. Namun atas permintaan untuk mengajar step by step maka wujudlah kelas online multi usage pouch ini. Kelas pertama pada  10 Februari 2017 bermula dengan 74 penyertaan yang saya sendiri tidak menjangkakanya...alhamdulillah.

Kelas multi usage pouch ini adalah produk hasil pembelajaran saya melalui Pinterest. Pelbagai Teknik untuk menghasilkan pelbagai bentuk dan jeni tpouch. Pouch ini diberi nama multi usage kerana ia boleh dipelbagaikan penggunaannya  seperti bag barang solek, bag untuk toiletries, bag  telekong, letak diaper , bag untuk makan malam dan boleh dipelbagaikan bentuk mengikut kreativiti.

Saya kongsikan antara hasil saya dan beberapa dari peserta kelas ;-












Sunday, 14 May 2017

Kelas online Curvy Clutch

Kelas online saya yang ketiga ~ Curvy Clutch.

Alhamdulillah sambutan memberansangkan dimana peserta-peserta kelas produk sebelumnya terus setia bersama memeriahkan suasana kelas baru. Malah mereka pulak yang selalu minta buat kelas itu dan ini. Saya lebih berminat untuk mengajar produk asas dan dari situ mereka boleh mempelbagaikan kreativiti mereka untuk menghasilkan  produk lainnyer.

Kelas Clutch ini bermula pada 20 Disember 2016 dengan peserta kumpulan pertama seramai 91 peserta. Pelbagai rupa clutch terhasil , pelbagai bentuk, corak, dan dari pelbagai jenis material. Clutch ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah ianya sesuai untuk semua peringkat umur. Pemilihan corak, size dan bentuk boleh dipelbagaikan.

Saya kongsikan hasil clucth jahitan saya dan beberapa hasil dari peserta kelas;-









Saturday, 13 May 2017

Tutorial Angpow Organiser / Angpow Purse

 Salah satu produk "hot" menjelang hari raya ~ Angpow Organiser / Angpow Purse. Simple tetapi comel dan lebih "organise"untuk simpan angpow / duit raya.  Kalau bukan hari raya tetap berguna untuk simpan $$ pun boleh, handphone pun muat, cermin mata pun boleh!

OK Jom saya ajarkan cara membuatnya dan ia hanya mengambil masa 30 minit untuk siap...



1. Ini POLA nya ya. anda boleh lukis mengikut ukuran yang di beri atau 

boleh cuba buat sendiri dengan mengukur sampul raya anda. Anda boleh mengubahsuai bentuk flap  mengikut kreativiti anda.





2. Tekapkan atas kain untuk bahagian luar dan  bahagian dalam beserta basi  keliling tambah 0.5".




3. Saya menggunakan kain gam code 5530 + batting. Potong kain gam dan batting ukuran sama dengan pola. Tidak perlu tambah basi.
( Anda boleh menggunakan kain gam code lain seperti 5520-5530-5550-5555 atau batting sahaja - ikut kreativiti anda )



4. Sesudah itu ironkan . Jika menggunakan CS + Batting, ironkan cs atas kain sehingga betul-betul melekat, kemudian lapiskan dengan batting diatas cs dan iron dar atas kain.



5. Cantum / Pinkan kedua-dua kain inner dan outer -  jahit keliling  atas kain rapat tepi batting dan meninggalkan sedikit ruang tidak berjahit seperti garisan merah pada gambar.


6. Kemaskinikan . Potong lebihan kain, racik serong bagi memudahkan dan memperkemaskan  hasil terbalikkan nanti. Kemudian terbalikkan melalui ruang bukaan.
7. Hasil selepas terbalikkan , jahit ruang terbuka dan terus jahit tindih keseluruhan. 
Ini dari pandangan bahagian inner
                                           
                                                       Ini hasil dari pandangan outer 



                                               8. Kemudian ukur 4" utuk proses lipatan


9. Lipatkan
10. Jahit tepi kiri dan kanan


                                                     11. Sudah siap jahit kiri dan kanan



             12. Saya menggunakan snap button sebagai pelekat penutup /flap.


                                                                  13. Dah siap!!                                                              
           SELAMAT MENCUBA!!


                                                                     





Anda boleh buat untuk setiap anak dan asingkan $$ mereka dan boleh masuk dalam handbag mama! Organised bukan!




Lagi satu teknik jahitan yang boleh anda praktikkan...



 Teknik jahitan ini dengan membuat ruang bukaan untuk terbalikkan dari bahagian bawah.

 Setelah terbalikkan, jahit lubang bukaan

 Tandakan 8" dan lipat 2 iaitu ukuran slot 4" 


Kemudian jahit mengikut anak panah seperti lukisan berikut







Siap!! dan pasangkan button....