Kelas online saya yang ketiga ~ Curvy Clutch.
Alhamdulillah sambutan memberansangkan dimana peserta-peserta kelas produk sebelumnya terus setia bersama memeriahkan suasana kelas baru. Malah mereka pulak yang selalu minta buat kelas itu dan ini. Saya lebih berminat untuk mengajar produk asas dan dari situ mereka boleh mempelbagaikan kreativiti mereka untuk menghasilkan produk lainnyer.
Kelas Clutch ini bermula pada 20 Disember 2016 dengan peserta kumpulan pertama seramai 91 peserta. Pelbagai rupa clutch terhasil , pelbagai bentuk, corak, dan dari pelbagai jenis material. Clutch ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah ianya sesuai untuk semua peringkat umur. Pemilihan corak, size dan bentuk boleh dipelbagaikan.
Saya kongsikan hasil clucth jahitan saya dan beberapa hasil dari peserta kelas;-
No comments:
Post a Comment