Saya juga berkongsi cara membuatnya secara live melalui Rancangan Assalamualaikum dlm Slot DIY TV AlHijrah pada 18 April 2016. Alhamdulillah dari sinilah permintaan untuk kelas online bermula.
Beberapa bulan berikutnya kelas online pertama saya bermula iaitu pada 20 August 2016 dengan 40 peserta permulaan. Sambutan begitu memberansangkan. Tempoh kelas online ini selama 2 minggu namun saya menambah tempoh bagi memberi ruang untuk berkongsi dan berkenalan dengan lebih dekat dengan para peserta selepas kelas. Sehingga hari ini kelas online basic boxy masih mendapat tempat dan jadual setiap 2 minggu dalam sebulan berjalan lancar. Kelas terkini adalah kumpulan ke 15. Selagi ia mendapat permintaan saya akan meneruskan.
Bagi peserta yang sudah tamat kelas, saya memberi ruang untuk mereka menyertai Tutorial lanjutan di laman muka buku untuk sesi pertanyaan seterusnya dan bagi mereka membuat rujukan di masa akan datang.
Apakah keistimewaan basic boxy bag ini ? Jawapannya adalah kekemasan bahagian dalam di mana ia menggunakan jahitan teknik sorok.
Saya kongsikan bagaimana rupa jahitan sorok dan beberapa hasil boxy dari karya saya dan peserta kelas;
Ulasan penonton
Basic Boxy Bag
Bahagian dalam boxy bag dengan teknik inner jahitan sorok
No comments:
Post a Comment