Monday, 8 May 2017

Aku , Brother NV950 & Sulaman

Alhamdulillah, seorang peserta Gang Jahit - Zarini Junita telah memperkenalkanku dengan kumpulan baru iaitu Kelab NV950 . Dari kumpulan itu macam-macam aku pelajari. Sebarang permasalahan sulaman aku tanyakan di kumpulan itu.Namun aku lebih suka berusaha mencuba dulu. Habis tidak dapat baru aku usulkan persoalan. Alhamdulillah Allah permudahkan kerja-kerja sulaman dan aku mula jatuh cinta dengan menyulam.

Antara projek sulaman awal aku adalah tuala bersulam dan keychain..Dari situ aku mula menjejaki Mydin untuk mendapatkan stok tuala pelbagai saiz dalam kuantiti yang banyak bagi mendapat harga yang lebih murah iaitu harga pemborong. Aku juga mula belajar mengenal jenis-jenis tuala, kualiti dan harga yang berpatutan untuk aku dapatkan stok supaya pelanggan berpuashati. Aku juga mula menjejaki peniaga-peniaga felt untuk membuat keychain.

Dari hari ke hari aku mula mempertingkatkan ilmu sulaman dan aku membeli software bagi memudahkan aku merekabentuk design untuk memberi lebih kepuasan dan mengikut permintaan pelanggan. Permintaan sulamanku lebih menarik dengan adanya software itu. Aku dapat mempelbagaikan rekaan dan menghasilkan pelbagai saiz serta rekabentuk yang lebih kemas dan menjadi tarikan pada pelangganku.

Tempahan sulaman tuala yang paling banyak adalah sulaman tuala bayi , kanak-kanak dan tuala tangan. Manakala sulaman lainnya seperti nametag dan keychain.










1 comment:

  1. Assalamualaikum, azira.
    Saya kak Huda. Pakai mesin brother N950 yang sama. Tapi belum mahir lagi. Nak Tanya Kat Mana adik belajar guna mesin ni

    ReplyDelete