Aku berusaha mengenali mesin 3034D dulu...aku banyak belajar secara online,melalui youtube dan dari perkongsian sahabat muka buku dalam kumpulan Gang Jahit dan Gang Minat Menjahit.
Aku belajar cara mendapatkan setting jahit tepi halus. Alhamdulillah berjaya dan aku mula target untuk mengeluarkan selendang-selendang untuk projek jualan online.
Aku mula mengunjungi gedung-gedung kain seperti Jakel , Nagoya dan Kamdar.. Aku belajar mengenal jenis-jenis material yang sesuai untuk aku jahitkan selendang..Aku belajar mengenal material seperti chiffon, koshibo, lycra, kurduroy dan sebagainya. Aku banyak melabur untuk dapatkan material yang cantik dan berkualiti.
Aku mula mempromosikan selendangku namun respon yang diterima sangat tidak memberansangkan.pasaran selendang agk kompetitif dan tidak lama kemudian aku membuat lelongan selendang-selendang itu. Masih banyak stok selendang dalam simpananku, aku simpankan sahaja dan terus memikirkan produk seterusnya.
Aku meneruskan rancangan asalku untuk menjahit telekong. Aku lebih terarah untuk menjahit telekong kanak-kanak. Aku sekali lagi mengunjungi gedung-gedung kain bagi mengenal fabrik yang sesuai untuk menjahit telekong. Aku mula mengenal jenis-jenis cotton, jersey, koshibo, sutera, lace, dan pelbagai material untuk telekong. Namun minatku lebih kepada japanese cotton putih untuk projek telekongku kerana ianya ringan , lembut dan selesa untuk kanak-kanak.
Projek telekongku berjalan dan mendapat tempahan demi tempahan.. Namun aku masih mencari kesesuaian untuk mendapatkan hasil jahitan yang menepati seleraku. Pada masa yang sama aku mula belajar menyulam dengan mesin jahitku Brother NV950. Telekongku juga aku tambahkan sulaman untuk "added value" seperti sulam nama kanak-kanak. Namun projek telekongku juga tidak lama kerana projek sulamanku bertambah dan bertambah dan aku tidak dapat memberi komitmen pada jahitan telekong.
No comments:
Post a Comment