Thursday, 11 May 2017

Kelas On9 RPH/File/Book Cover

Kelas online saya yang ke 4 adalah Kelas On9 RPH/File/Book Cover .

Kelas On9 RPH/File/Book Cover akan ditutup sementara waktu sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Sekarang tengah berjalan kumpulan terakhir iaitu kumpulan ke 5. Sebenarnya saya tidak terlintas untuk membuat kelas ini namun atas permintaan peserta kelas  maka saya wujudkannya...Kelas pertama bermula pada 24 Januari 2017 dengan penyertaan seramai 80 peserta untuk kumpulan pertama.

Untuk RPH Cover ini permintaan dari pelanggan juga biasanya bermusim. Kebanyakan tempahan adalah dari guru-guru sekolah. Trend permintaan adalah pada awal tahun dan hujung tahun persekolahan. Jadi perancangan saya, kelas online ini juga akan muncul pada awal dan hujung tahun. Ini bagi memastikan para peserta kelas lebih bersemangat membuatnya kerana kadar permintaan tengah tinggi.

Tajuknya Kelas On9 RPH/File/Book Cover jadi skopnya memang luas, pelbagai kreativiti boleh dihasilkan dari hasil asas kelas ini. Kebanyakan peserta telah mempelbagaikan hasil mengikut kreativiti , citarasa dan mengikut permintaan dari pelanggan.

Berikut saya kongsikan beberapa contoh cover yang saya dan peserta kelas hasilkan;










2 comments: