Bigboxy bag ini juga menekankan kekemasan teknik jahitan inner sorok. Beberapa tips berbeza dari kelas basic boxy bag turut dikongsikan . Ramai peserta kelas bukan sahaja berjaya menjahit dengan kemas malah berjaya merekacipta pelbagai penggunaan bag hasil dari kelas bigboxy ini.
Dengan formula yang dikongsikan, mereka berjaya mempelbagaikan size dan kegunaan bag. Antara kegunaan yang paling "hot" adalah sebagai bag alat tulis bagi cikgu-cikgu di sekolah, bag barang kosmetik, bag telekong, bag barangan bayi, malah ada yang ubahsuai size menjadi "travel bag" iaitu size bag balik kampung!
Berikut antara hasil bigboxy hasil jahitan saya dan beberapa contoh dari peserta kelas;
Sling Bag
Giant boxybag - Bag travel
Inner (bahagian dalam) teknik jahitan sorok
No comments:
Post a Comment