Alhamdulillah..pakej promosi mesin yang aku beli secara online dari Krafezee kini sudah berada dirumahku..aku masih lagi bekerja iaitu sebulan sebelum hari terakhirku. Aku hanya mampu belajar dan mendapatkan ilmu secara online dahulu namun kerana kesibukanku aku masih tidah sempat berbuat apa-apa. Urusan penyerahan tugas memerlukan aku bekerja lebih masa dan mengajar beberapa staff untuk mengambil alih tugasku.
Setelah berhenti kerja secara rasminya di penghujung March 2014 baru aku betul-betul mengadap mesin, membaca manual dan mencuba. Setiap permasalahan aku kongsi dan bertanya pada sahabat-sahabat di laman muka buku. Alhamdulillah Allah permudahkan dan aku makin bersemangat.
Aku mula belajar mesin jahit tepi iaitu Brother 3034D. Aku belajar cara menggunakannya, jenis-jenis jahitan yang boleh digunakan kerana mesin ini juga boleh dipelbagaikan penggunaan. Ia boleh menghasilkan jahitan kelim tepi halus yang cantik dan jahit tepi kasar seperti kebiasaannya. Dengan mesin ini juga boleh menjahit siap baju lengkap jahit lurus dan jahit tepi serentak, Namun aku lebih berminat untuk jahit kelim halus.
Proses pengenalanku dan mesin bermula..di awal April 2014.....
No comments:
Post a Comment