Reversible Pleated Tote Bag ini adalah bag asas yang simple, berbeza skill dan teknik dari bag-bag dalam kelas-kelas saya sebelum ini. Apa yang saya ingin sampaikan dalam kelas-kelas saya adalah pendekatan mempelbagaikan skill dan teknik jahitan. Semua produk dalam kelas saya adalah kelas asas, jadi pada yang mengikuti setiap kelas saya pasti akan dapat tips dan nampak perbezaan dalam setiap setiap kelas.
Dengan pola dan teknik yang dikongsikan, mereka berjaya mempelbagaikan size, mempelbagaikan teknik pleated, menghasilkan pelbagai corak dan rupa bentuk untuk pelbagaikan kegunaan bag. Antara kegunaan yang paling "hot" adalah sebagai bag telekong, bag alat tulis bagi cikgu-cikgu di sekolah, bag barang kosmetik, bag telekong, bag barangan bayi, malah ada yang ubahsuai size menjadi "travel bag" iaitu size bag balik kampung!
Berikut antara hasil Reversible Pleated Tote Bag hasil jahitan saya dan beberapa contoh dari peserta kelas;
Caya lah ticer ...
ReplyDelete