Aku nekad untuk berhenti kerja tetapi aku perlu lakukan sesuatu dirumah selain menguruskan persekolahan anak-anak dan urusan rumahtangga yang lain. Aku membesar dan menjalani kehidupanku secara berdikari sedari kecil. Lalu apa yang bakal aku lakukan nanti dirumah? Kuserahkan pada Allah, kumohon petunjuk dariNya..alhamdulillah bayangan demi bayangan membawa aku terarah untuk belajar menjahit. Namun apa yang aku hendak jahit? Lantas aku teringat kawanku Noriah yang tinggal di Senawang berhenti kerja dan menjahit telekong. Dari situ datang satu rasa ingin menjahit telekong kanak-kanak dan aku terbayangkan pelbagai projek kanak-kanak dalam mindaku.
Lantas aku menghubungi Noriah meminta dia mengajarkan aku asas menjahit telekong. Allah permudahkan urusanku dari urusan membeli tiket kapal terbang pergi balik pada harga yang murah, kemudian aku sepatutnya mengambil komuter untuk ke Senawang namun seorang lagi kawan baikku kak Norhayati ingin menyertaiku belajar asas telekong bersama Noriah lalu dia yang menjemputku di Lapangan Terbang dan bersama ke sana. Sebelum itu diatas kapal terbang aku ditakdirkan duduk di sebelah seorang mutawif, seorang ustazah yang selalu mengajar dimasjid persekitaranku. Sepanjang perjalanan 45 minit Terengganu ke KL aku mendapat banyak nasihat dan ilmu dari mutawif tersebut.
Setibanya di KLIA2, kak Norhayati menjemputku dan menuju ke rumah Noriah di Senawang. Setibanya disana kami pun memulakan sessi pembelajaran dan buat pertama kalinya aku belajar mengenal mesin jahit. Memang aku tidak berpengalaman! Dunia jahitan langsung tidak pernah terlintas dalam kamus hidupku namun itulah aturan Allah yang terbaik untuk hambanya. Aku hanya sempat belajar asas memotong kain, cara menjahit beberapa bahagian dan bakinya adalah sebagai kerja rumah ku nanti kerana aku harus cepat mengejar penerbangan balik ke Terengganu pada malam itu. Sebelum balik, kami meminta cadangan jenis-jenis mesin yang sesuai dan mula menyertai kumpulan-kumpulan jahit di laman muka buku.
Sepulangnya aku ke Terengganu, aku tidak berlengah lagi, aku terus menghubungi beberapa pembekal mesin untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Alhamdulillah seminggu kemudiannya mesinku tiba dan aku masih tidak begitu bersedia untuk memulakan namun aku menggali ilmu , mencari idea dan membaca pengalaman-pengalaman tukang jahit dan krafter secara online. Aku makin tertarik dan aku mula membuka kotak mesinku untuk sessi pengenalan...
Saturday, 29 April 2017
Thursday, 27 April 2017
Aku dan sulaman
Mesin pertamaku adalah set mesin sulam berkomputer yang boleh sulam dan jahit lurus. Lagi satu mesinku adalah mesin jahit tepi. Sejarah aku membeli mesin sulam ini apabila sahabat sekerjaku di Kuala Lumpur dahulu yang lebih awal berhenti kerja dan menjahit dari rumah; Noriah Jamil menyatakan bahawa dia teringin untuk memiliki mesin sulam iaitu brother NV950 apabila aku tanyakan pendapatnya mesin apakah yang sesuai untuk aku yang tidak ada asas menjahit apatah lagi jenis-jenis mesin memang tidak pernah terfikir di minda ku.
Aku lantas mencari pembekal-pembekal mesin online dan kebetulan ada promosi lalu aku terus membeli set tersebut. Setelah aku menerimanya hanya dalam tempoh 1 minggu , aku hanya meletakkannya di bilik kosong dan tersadai selama hampir 2 bulan. Aku masih tidak punya perasaan "tertarik" dan "teringin' untuk memulakan.
Aku mula mendapatkan info-info dari internet, dari laman mukabuku dan kawanku ajak menyertai gang jahit . Dari situ aku banyak belajar ilmu jahitan yang dikongsikan namun aku masih tidak terdetik untuk memulakan. Kemudian aku berkongsi gambar mesin yang aku beli selama 2 bulan yang hanya tersadai , kemudian aku mendapat respon yang bayak dan sokongan dan semangat dari mereka membuatkan aku buka kotak dan mula mengenali mesin-mesinku itu. Dari situ ada seorang ahli gang jahit membawa aku menyertai kumpulan mesin sulaman NV950 bagi memudahkan aku mendapatkan info dan belajar sulaman katanya.
Setelah menyertai kumpulan sulaman itu, aku mula datang minat untuk mencuba...dan kebetulan kumpulan itu sedang dalam rangka untuk membuat aktiviti kebajikan dengan mendapatkan sumbangan sulaman tuala. Lalu aku cuba beranikan diri untuk menyahut cabaran untuk menyertainya dan memulakan sulaman dengan menyulam tuala untuk aktiviti kebajikan. Admin dan ahli kumpulan memberi sokongan dan membuatkan aku bersemangat mencuba menyulam. Alhamdulillah..aku berjaya dan dari situ aku mula menyulam dan menyulam. Aku menyulam tuala untuk anak-anak dan anak-anak saudaraku bagi memahirkan diri..
Dan dunia sulamanku bermula....

Aku dan bag
Penghujung 2014, permintaan dari sahabat sekolah rendahku; Mazlina Manan meminta agar aku memjahitkan beberapa bag untuknya- bag pensil, bag cover buku RPH dan cosmetic pouch. Aku tidak begitu yakin awalnya namun katanya dia tidak kisah hasil bagaimana dan dia yakin aku boleh buat.
Demi memenuhi permintaannya, aku mencuba dan mencuba..bukanlah sesuatu yg mudah untuk aku hasilkan. Aku banyak belajar secara online, dengan tutorial dari youtube, perkongsian ilmu dari sahabat-sahabat alam maya dan aku juga diperkenalkan dengan pelbagai material untuk membuat bag melalui kak Edina Shaharuddin. Aku begitu kagum dengan sikapnya...mengajar n berkongsi tips dan mengepos material-material bag untukku tanpa menunggu aku membayar terlebih dahulu...dengan yakinnya dia percayakan aku..subhanallah..terima kasih Allah diatas pertemuan dengan sahabat-sahabat istimewa yang memberi jalan untukku meneruskan langkah.
Terima kasih juga buat otai bag dari Labuan Rabiatul Adawiyah yang sudi berkongsi tips denganku. Hari demi hari aku mencuba tanpa jemu...ada ketika aku kecewa kerana hasil bag tidak menepati pandangan mataku dan suami yang menjadi pendorong terus menyokong aku untuk meneruskannya. Alhamdulillah selesai dan berjaya juga aku memenuhi permintaan sahabatku walaupun kurasakan masih kurang sempurna.
Selepas itu tanpa kujangka, sahabat-sahabat sekolahnya mula menempah juga denganku...bermulanya aku membuat boxy dan RPH cover..aku banyak belajar dari pengalaman. Percubaan yang beberapa kali ada kegagalan, kerosakan namun aku lebih memahami bila belajar dari kesusahan dan aku dapat belajar lebih dari yang aku sangkakan. Kegagalan yang mengajarku untuk lebih berusaha dan tidak mudah putus asa.
Alhamdulillah permintaan demi permintaan masuk tidak putus-putus..terima kasih sahabat, terima kasih suamiku, terima kasih Allah...
Sunday, 23 April 2017
Mula meneroka dunia kraf
Alhamdulillah..walau tiada asas dan hanya belajar secara on9, namun hari demi hari jiwaku makin tertarik dengan produk2 handmade dan aku banyak menghabiskan masa belajar dan mencuba..perjalanan bukan mudah untuk hasilkan sesuatu produk namun kesungguhanku membuahkan hasil. Hampir kecewa namun sokongan dari suami dan kawan-kawan memberiku kekuatan untuk meneruskan..
Projek sulaman menjadi permulaan produk yang mengetengahkanku dan meyakinkanku untuk berkarya . Sambutan sangat memberansangkan. Bermula dengan sulaman tuala untuk projek charity kemudian tempahan demi tempahan masuk. Pelbagai idea dari pelanggan yang minta buat itu ini dan aku mencuba mana-mana yang aku rasakan aku berminat dan mampu buat.
Dari sulaman tuala aku mencuba menyulam keychain juga dan turut mendapat sambutan hangat..Nampaknya boleh pergi jauh bidang sulaman ini, fikirku.Lalu aku terus mempelbagaikan dan mempromosikan di laman muka buku dan instagram. Bermula dari keluarga dan kenalan akhirnya mendapat tempahan dari strangers.
6 bulan pertama aku berjaya rolling modal menyulam dan jahit dengan membeli lagi 1 mesin sulam sebagai backup mesin sulam sedia ada...6 bulan kemudiannya aku beli lagi 1 mesin sulam namun aku tidak begitu menggunakannya. Mesin sulamku ada 3;Brother NV950 ada dua buah dimana 1 untuk menyulam dan lagi satu untuk menjahit. Namun mesin ini tidak cukup lasak untuk projek jahitanku yang makin lasak tugasannya...dan apabila projek sulaman banyak maka aku gunakan kedua-duanya untuk menyulam. Mesin sulam ku yang ketiga PE770. Ia boleh menyulam sulaman lebih besar namun projek jahitanku tidak begitu memerlukan aku menggunakannya maka hanya 3 bulan di tangan aku kemudiannya menjual dan membeli mesin industri. Selamat datang Mr Jack.
Dan dunia jahitanku mula fokus pada pembuatan bag..

Tuesday, 18 April 2017
Bermulanya disini.....
Sebenarnya sudah lama aku ingin berblog namun tiada sahabatku yang aktif berblog untukku belajar dan berkongsi sehingga aku dipertemukan dengan kak Masayu Ahmad di group Gang Jahit di Laman Mukabuku. Setelah bertemu dan berbicara secara online maka aku bersetuju untuk menyertai kelas online berguru dengan beliau. Dan bermulanya episod aku belajar penulisan dan berblog.
Sudah beberapa kali aku mengarang namun asyik tidak berpuashati dan kupadamkan sahaja...kugagahkan juga mengarang apa sahaja yang bermain dimindaku walaupun permulaan blog tanpa mengikut susunatur pengenalan yang sempurna..bagiku lebih baik meluahkan dan berkongsi sesuatu yang sedang bermain difikiran...
Bila kurenungkan..aku kini sudah diusia menghampiri 40-an, perjalanan hidupku seolah kembali pada zaman kecilku dimana minatku lebih terarah pada seni dan kreativiti. Sedari kecilku memang minat melukis, menyanyi dan aktif dalam pelbagai aktiviti.
Semenjak di bangku sekolah rendah, menengah sehingga zaman universiti aku masih aktif dengan minatku. Namun bidang pengajianku beralih ke dunia perniagaan yang mengkhusus bidang pengangkutan. Kemudian dunia kerjayaku selama 10 tahun dalam bidang insurans. 7 tahun di Kuala Lumpur dan 3 tahun di Terengganu. Kemudiannya aku berhenti kerja bilamana kurasakan tiada lagi minatku untuk meneruskan dan lebih memikirkan ruang waktu bersama keluarga dimana sepanjang bekerja , masaku lebih banyak di tempat kerja, banyak kerja luar dan kurasakan aku harus 'mencari' sesuatu yang baru bagi melengkapi kehidupanku bersama keluarga. Kupanjatkan doa padaNya agar diberi kelapangan hatiku dan terangkan fikiranku untuk membuat keputusan. Alhamdulillah dengan izinNya, dengan restu dan redha dari suamiku maka aku meninggalkan kerjayaku dikala aku sudah "berpangkat" dan dikala kerjayaku tengah meningkat dan bersinar.
Aku yang sudah terbiasa sibuk tidak reti duduk diam bila dirumah. Aku pernah menerima tempahan kek, kuih muih dan pelbagai masakan. Tapi ia tidak mencapai kepuasanku. Maka aku memikirkan apakah yang bakal aku lakukan sesudah berhenti nanti. Dengan izinNya juga sebulan sebelum berhenti kerja, aku lebih terdorong memikirkan kearah dunia jahitan walaupun tidak ada asas. Lalu aku membeli 2 mesin jahit iaitu sebuah mesin jahit tepi dan mesin sulam dan jahit lurus 2 dalam 1. Aku belajar sendiri secara on9 dan mencuba jahit pelbagai produk yang terlintas difikiranku. Aku terus mencuba menjahit dan berniaga hasil jahitanku secara online dengan menjual selendang , menjahit telekong kanak-kanak disamping menyulam.
Dan dunia kraf dan jahitan mula mengambil tempat dihatiku..........
Aku dan Fabrik
Assalamualaikum....selamat petang semua...
Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya dan fabrik. Sebelum ini saya memang tidak mengenal dan mengetahui jenis-jenis fabrik. Jika ditanya mengenai fabrik saya hanya tahu cotton dan sutera, selainnya memang tidak tahu. Bahkan pakaian raya keluarga semua beli yang "readymade"...ketinggalan kan saya...
Namun sejak saya berkecimpung dalam dunia jahitan dan kraf saya mula menjejak kedai-kedai kain, membuat pemerhatian, mengenal pelbagai jenis kain dan harga . Namun saya lebih banyak membeli secara online dan cuba membeli pelbagai jenis fabrik dengan tujuan untuk mengenal dan rasa sendiri fabrik-fabrik itu. Paling banyak jenis fabrik yang saya beli adalah yang boleh saya gunakan untuk projek-projek kraf saya.
Jenis-jenis fabrik yang selalu saya beli adalah pelbagai yang terdiri dari designer cotton, japanese cotton, english cotton, cotton linen,linen, cotton canvas, canvas, denim, curduroy, belacu dan beberapa lagi.Setiap jenis kain itu sememangnya berbeza kualiti, harga dan penggunaannya. Saya memilih untuk membeli secara on9 kerana lebih jimat, lebih 'limited' , dan dapat berkenalan dengan penjual-penjual kain secara online sekaligus menjadi kawan secara tidak langsung.
Kini, ramai penjual-penjual kain bukan sahaja menjadi sahabat saya malah mereka turut menyertai kelas on9 membuat beg bersama saya. Kami sebenarnya saling memerlukan antara satu dan lain, berkongsi idea dan bersama mengembangkan perniagaan online.
Sesuatu yang sangat ingin saya kongsikan ialah...kain itu adalah TERAPI bagi krafter seperti saya...melihat kain begitu melegakan...stress free..hehee..
Sekian coretan fabrik / kain dari saya untuk catitan kali ini...

Designer cotton
Japanese Cotton & English Cotton
Linen
Heavy Cotton
Denim
Batik
Kurduroy
Linen
PVC/Leather-vinyl
Nylon
Kanvas
Friday, 14 April 2017
Kelas Bag Online bersama Azira
Alhamdulillah, kelas online saya bermula dari August 2016 dan sehingga April 2017 saya berjaya menyiapkan tutorial dan mengajar 6 kelas beg asas seperti berikut;
1. Basic Boxy Bag
2. Big Boxy Bag
3. Curvy Clutch
4. Book Cover
5. Multi-usage Pouch
6. Bento Bag / Lunch Box Bag
Setakat ini jumlah peserta anggaran 600 orang terdiri dari tukang jahit, crafter dan newbie yang berminat baru berjinak .
Subscribe to:
Posts (Atom)