Tuesday, 18 April 2017

Bermulanya disini.....

Sebenarnya sudah lama aku ingin berblog namun tiada sahabatku yang aktif berblog untukku belajar dan berkongsi sehingga aku dipertemukan dengan kak Masayu Ahmad di group Gang Jahit di Laman Mukabuku. Setelah bertemu dan berbicara secara online maka aku bersetuju untuk menyertai kelas online berguru dengan beliau. Dan bermulanya episod aku belajar penulisan dan berblog.
Sudah beberapa kali aku mengarang namun asyik tidak berpuashati dan kupadamkan sahaja...kugagahkan juga mengarang apa sahaja yang bermain dimindaku walaupun permulaan blog tanpa mengikut susunatur pengenalan yang sempurna..bagiku lebih baik meluahkan dan berkongsi sesuatu yang sedang bermain difikiran...
Bila kurenungkan..aku kini sudah diusia menghampiri 40-an, perjalanan hidupku seolah kembali pada zaman kecilku dimana minatku lebih terarah pada seni dan kreativiti. Sedari kecilku memang minat melukis, menyanyi dan aktif dalam pelbagai aktiviti.
Semenjak di bangku sekolah rendah, menengah sehingga zaman universiti aku masih aktif dengan minatku. Namun bidang pengajianku beralih ke dunia perniagaan yang mengkhusus bidang pengangkutan. Kemudian dunia kerjayaku selama 10 tahun dalam bidang insurans. 7 tahun di Kuala Lumpur dan 3 tahun di Terengganu. Kemudiannya aku berhenti kerja bilamana kurasakan tiada lagi minatku untuk meneruskan dan lebih memikirkan ruang waktu bersama keluarga dimana sepanjang bekerja , masaku lebih banyak di tempat kerja, banyak kerja luar dan kurasakan aku harus 'mencari' sesuatu yang baru bagi melengkapi kehidupanku bersama keluarga. Kupanjatkan doa padaNya agar diberi kelapangan hatiku dan terangkan fikiranku untuk membuat keputusan. Alhamdulillah dengan izinNya, dengan restu dan redha dari suamiku maka aku meninggalkan kerjayaku dikala aku sudah "berpangkat" dan dikala kerjayaku tengah meningkat dan bersinar.
Aku yang sudah terbiasa sibuk tidak reti duduk diam bila dirumah. Aku pernah menerima tempahan kek, kuih muih dan pelbagai masakan. Tapi ia tidak mencapai kepuasanku. Maka aku memikirkan apakah yang bakal aku lakukan sesudah berhenti nanti. Dengan izinNya juga sebulan sebelum berhenti kerja, aku lebih terdorong memikirkan kearah dunia jahitan walaupun tidak ada asas. Lalu aku membeli 2 mesin jahit iaitu sebuah mesin jahit tepi dan mesin sulam dan jahit lurus 2 dalam 1. Aku belajar sendiri secara on9 dan mencuba jahit pelbagai produk yang terlintas difikiranku. Aku terus mencuba menjahit dan berniaga hasil jahitanku secara online dengan menjual selendang , menjahit telekong kanak-kanak disamping menyulam.
Dan dunia kraf dan jahitan mula mengambil tempat dihatiku..........


No comments:

Post a Comment