Thursday, 27 April 2017

Aku dan sulaman

Mesin pertamaku adalah set mesin sulam berkomputer yang boleh sulam dan jahit lurus. Lagi satu mesinku adalah mesin jahit tepi. Sejarah aku membeli mesin sulam ini apabila sahabat sekerjaku di Kuala Lumpur dahulu yang lebih awal berhenti kerja dan menjahit dari rumah; Noriah Jamil menyatakan bahawa dia teringin untuk memiliki mesin sulam iaitu brother NV950 apabila aku tanyakan pendapatnya mesin apakah yang sesuai untuk aku yang tidak ada asas menjahit apatah lagi jenis-jenis mesin memang tidak pernah terfikir di minda ku.

Aku lantas mencari pembekal-pembekal mesin online dan kebetulan ada promosi lalu aku terus membeli set tersebut. Setelah aku menerimanya hanya dalam tempoh 1 minggu , aku hanya meletakkannya di bilik kosong dan tersadai selama hampir 2 bulan. Aku masih tidak punya perasaan "tertarik" dan "teringin' untuk memulakan.

Aku mula mendapatkan info-info dari internet, dari laman mukabuku dan kawanku ajak menyertai gang jahit . Dari situ aku banyak belajar ilmu jahitan yang dikongsikan namun aku masih tidak terdetik untuk memulakan. Kemudian aku berkongsi gambar mesin yang aku beli selama 2 bulan yang hanya tersadai , kemudian aku mendapat respon yang bayak dan sokongan dan semangat dari mereka membuatkan aku buka kotak dan mula mengenali mesin-mesinku itu. Dari situ ada seorang ahli gang jahit membawa aku menyertai kumpulan mesin sulaman NV950 bagi memudahkan aku mendapatkan info dan belajar sulaman katanya.

Setelah menyertai kumpulan sulaman itu, aku mula datang minat untuk mencuba...dan kebetulan kumpulan itu sedang dalam rangka untuk membuat aktiviti kebajikan dengan mendapatkan sumbangan sulaman tuala. Lalu aku cuba beranikan diri untuk menyahut cabaran untuk menyertainya dan memulakan sulaman dengan menyulam tuala untuk aktiviti kebajikan. Admin dan ahli kumpulan memberi sokongan dan membuatkan aku bersemangat mencuba menyulam. Alhamdulillah..aku berjaya dan dari situ aku mula menyulam dan menyulam. Aku menyulam tuala untuk anak-anak dan anak-anak saudaraku bagi memahirkan diri..

Dan dunia sulamanku bermula....

No comments:

Post a Comment