Tuesday, 18 April 2017

Aku dan Fabrik

Assalamualaikum....selamat petang semua...

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya dan fabrik. Sebelum ini saya memang tidak mengenal dan mengetahui jenis-jenis fabrik. Jika ditanya mengenai fabrik saya hanya tahu cotton dan sutera, selainnya memang tidak tahu. Bahkan pakaian raya keluarga semua beli yang "readymade"...ketinggalan kan saya...

Namun sejak saya berkecimpung dalam dunia jahitan dan kraf saya mula menjejak kedai-kedai kain, membuat pemerhatian, mengenal pelbagai jenis kain dan harga . Namun saya lebih banyak membeli secara online dan cuba membeli pelbagai jenis fabrik dengan tujuan untuk mengenal dan rasa sendiri fabrik-fabrik itu. Paling banyak jenis fabrik yang  saya beli adalah yang boleh saya gunakan untuk projek-projek kraf saya.

Jenis-jenis fabrik yang selalu saya beli adalah pelbagai  yang terdiri dari designer cotton, japanese cotton, english cotton, cotton linen,linen, cotton canvas, canvas, denim, curduroy, belacu dan beberapa lagi.Setiap jenis kain itu sememangnya berbeza kualiti, harga dan penggunaannya.  Saya memilih untuk membeli secara on9 kerana lebih jimat, lebih 'limited' , dan dapat berkenalan dengan penjual-penjual kain secara online sekaligus menjadi kawan secara tidak langsung.

Kini, ramai penjual-penjual kain bukan sahaja menjadi sahabat saya malah mereka turut menyertai kelas on9 membuat beg bersama saya. Kami sebenarnya saling memerlukan antara satu dan lain, berkongsi idea dan bersama mengembangkan perniagaan online.

Sesuatu yang sangat ingin saya kongsikan ialah...kain itu adalah TERAPI bagi krafter seperti saya...melihat kain begitu melegakan...stress free..hehee..

Sekian coretan fabrik / kain dari saya untuk catitan kali ini...

 Designer cotton

 Japanese Cotton & English Cotton

 Linen

 Heavy Cotton

 Denim

 Batik

 Kurduroy

 Linen

 PVC/Leather-vinyl

 Nylon

Kanvas




No comments:

Post a Comment