Sunday, 23 April 2017

Mula meneroka dunia kraf

Alhamdulillah..walau tiada asas dan hanya belajar secara on9, namun hari demi hari jiwaku makin tertarik dengan produk2 handmade dan aku banyak menghabiskan masa belajar dan mencuba..perjalanan bukan mudah untuk hasilkan sesuatu produk namun kesungguhanku membuahkan hasil. Hampir kecewa namun sokongan dari suami dan kawan-kawan memberiku kekuatan untuk meneruskan..

Projek sulaman menjadi permulaan produk yang mengetengahkanku dan meyakinkanku untuk berkarya . Sambutan sangat memberansangkan. Bermula dengan sulaman tuala untuk projek charity kemudian tempahan demi tempahan masuk. Pelbagai idea dari pelanggan yang minta buat itu ini dan aku mencuba mana-mana yang aku rasakan aku berminat dan mampu buat.

Dari sulaman tuala aku mencuba menyulam keychain juga dan turut mendapat sambutan hangat..Nampaknya boleh pergi jauh bidang sulaman ini, fikirku.Lalu aku terus mempelbagaikan dan mempromosikan di laman muka buku dan instagram. Bermula dari keluarga dan kenalan akhirnya mendapat tempahan dari strangers.

6  bulan pertama aku berjaya rolling modal menyulam dan jahit dengan membeli lagi 1 mesin sulam sebagai backup mesin sulam sedia ada...6 bulan kemudiannya aku beli lagi 1 mesin sulam namun aku tidak begitu menggunakannya. Mesin sulamku ada 3;Brother NV950 ada dua buah dimana 1 untuk menyulam dan lagi satu untuk menjahit. Namun mesin ini tidak cukup lasak untuk projek jahitanku yang makin lasak tugasannya...dan apabila projek sulaman banyak maka aku gunakan kedua-duanya untuk menyulam. Mesin sulam ku yang ketiga PE770. Ia boleh menyulam sulaman lebih besar namun projek jahitanku tidak begitu memerlukan aku menggunakannya maka hanya 3 bulan di tangan aku kemudiannya menjual dan membeli mesin industri. Selamat datang Mr Jack.

Dan dunia jahitanku mula fokus pada pembuatan bag..

No comments:

Post a Comment