Salah satu produk "hot" menjelang hari raya ~ Angpow Organiser / Angpow Purse. Simple tetapi comel dan lebih "organise"untuk simpan angpow / duit raya. Kalau bukan hari raya tetap berguna untuk simpan $$ pun boleh, handphone pun muat, cermin mata pun boleh!
OK Jom saya ajarkan cara membuatnya dan ia hanya mengambil masa 30 minit untuk siap...
1. Ini POLA nya ya. anda boleh lukis mengikut ukuran yang di beri atau
boleh cuba buat sendiri dengan mengukur sampul raya anda. Anda boleh mengubahsuai bentuk flap mengikut kreativiti anda.
2. Tekapkan atas kain untuk bahagian luar dan bahagian dalam beserta basi keliling tambah 0.5".
3. Saya menggunakan kain gam code 5530 + batting. Potong kain gam dan batting ukuran sama dengan pola. Tidak perlu tambah basi.
( Anda boleh menggunakan kain gam code lain seperti 5520-5530-5550-5555 atau batting sahaja - ikut kreativiti anda )
4. Sesudah itu ironkan . Jika menggunakan CS + Batting, ironkan cs atas kain sehingga betul-betul melekat, kemudian lapiskan dengan batting diatas cs dan iron dar atas kain.
5. Cantum / Pinkan kedua-dua kain inner dan outer - jahit keliling atas kain rapat tepi batting dan meninggalkan sedikit ruang tidak berjahit seperti garisan merah pada gambar.
6. Kemaskinikan . Potong lebihan kain, racik serong bagi memudahkan dan memperkemaskan hasil terbalikkan nanti. Kemudian terbalikkan melalui ruang bukaan.
7. Hasil selepas terbalikkan , jahit ruang terbuka dan terus jahit tindih keseluruhan.
Ini dari pandangan bahagian inner
Ini hasil dari pandangan outer
8. Kemudian ukur 4" utuk proses lipatan
9. Lipatkan
10. Jahit tepi kiri dan kanan
11. Sudah siap jahit kiri dan kanan
12. Saya menggunakan snap button sebagai pelekat penutup /flap.
13. Dah siap!!
SELAMAT MENCUBA!!
Anda boleh buat untuk setiap anak dan asingkan $$ mereka dan boleh masuk dalam handbag mama! Organised bukan!
Lagi satu teknik jahitan yang boleh anda praktikkan...
Teknik jahitan ini dengan membuat ruang bukaan untuk terbalikkan dari bahagian bawah.
Setelah terbalikkan, jahit lubang bukaan
Tandakan 8" dan lipat 2 iaitu ukuran slot 4"
Kemudian jahit mengikut anak panah seperti lukisan berikut
Siap!! dan pasangkan button....